Assalamualaikum.... =)

Wednesday, 23 March 2011

Cerita tentang Batu Kecil......

Al-kisah dimula kan apabila seorang pekerja kontrak di sebuah tapak projek memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi.Pada suatu saat dia harus meyampaikan pesan penting kepada teman-teman sekerjanya yang ada di bawah,Pekerja itu berteriak-teriak tetapi tiada seorang pun temannyaa dapat mendengar teriakan beliau kerana bunyi mesin-mesin dan orang yang bekerja sehingga usaha beliau sia-sia...

Ole kerana itu untuk menarik perhatian teman-temannya di bawah,beliau cuba melemparkan duit syiling di depan temannya.Temannya lalu berhenti kerja,lantas mengambil wang tersebut lalu bekerja kembali.Pekerja itu mencuba lagi,tapi hasil yang beliau dapat sama seperti tadi....

Tiba-tiba beliau mendapat idea lain yang bagi nya lebih bernas...Beliau mengambil Batu Kecil lalu melemparkannya ke arah teman nya yg tadi.Batu Kecil itu tepat mengenai kepala temannya dan kerana berasa sakit,temannya itu memandang keatas.Kemudian pekerja itu dapat menjatuh kan catatan yang berisi pesanannya....

Moral cerita ini : ALLAH S.W.T kadang-kadang cuba memberikan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita 'memandang' kepada Nya.Seringkali Allah swt melimpah kan kita dengan rahmat,tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita 'memandang' Nya.Kerana itu ,agar kita selalu mengingati kepada Nya ,Allah swt sering kali 'melemparkan' Batu Kecil kepada kita.....

P/S : sekadar hanya ingin berkongsi...sekian...

No comments:

Popular Posts

Rakyat

Iklan